TIPS KURANGKAN SAKIT TUMIT KAKI
Sakit tumit kaki merupakan salah satu masalah yang sering berlaku kepada orang ramai tanpa mengenal usia. Hal ini disebabkan bahagian kaki merupakan kawasan yang menampung keseluruhan badan dan boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.
FAKTOR SAKIT TUMIT KAKI :
- Individu yang aktif bersukan
-Golongan yang berumur 40 ke atas
-Faktor persekitaran
-Cara pemakanan
-Sejarah penyekit keluarga
TIPS KURANGKAN SAKIT TUMIT KAKI:
1. Pemilihan kasut yang sesuai
Pemilihan kasut adalah sangat penting bagi mengurangkan sakit tumit kaki anda. Digalakkan untuk memilih kasut yang selesa mengikut saiz yang bersesuaian. Elakkan dari kerap memakai kasut bertumit tinggi kerana kasut jenis ini tidak baik untuk menyokong kaki dan struktur badan. Bagi yang aktif bersukan pula, pastikan kasut yang dipilih diperbuat daripada bahan yang dapat menyerap peluh bagi membolehkan kaki lebih selesa bernafas.
2. Rendaman kaki
Kaedah yang sangat simple dan senang. Anda hanya perlu menyediakan satu besen yang berisi air suam dan letakkan garan ke dalam air tersebut. kemudian anda rendamkan kaki selama 30 minit.
3. Urutan
Urutkan di kawasan tumit kaki anda secara perlahan-lahan. Ia dapat melancarkan aliran darah dan oksigen di bahagian kaki anda.
Aktiviti riadah merupakan suatu aktiviti yang sangat seronok serta mengamalkan gaya hidup yang sihat tetapi, jika anda mempunyai masalah sakit tumit kaki, disyorkan untuk memilih aktiviti riadah yang sesuai seperti berenang, berbasikal dan sebagainya. Aktiviti tersebut tidak memerlukan anda untuk berjalan ataupun berdiri dalam jangka masa yang lama.
5. Tuam dengan ais
Cara ini sering kali digunakan oleh para atlet bagi melegakan kesakitan dan kecederaan akibat daripada bersukan. Anda juga boleh menggunakan cara ini dengan tuamkan tumit kaki anda dengan ais. Ia dapat membantu anda melegakan sakit tumit kaki.
6. Suntikan steroid
Suntikan steroid merupakan salah satu rawatan yang boleh diambil dan ianya hanya boleh dilakukan oleh doctor sahaja.Ia dapat mengurangkan keradangan pada tumit kaki. Namun, kaedah ini hanya akan memberi kelegaan untuk sementara selama beberapa minggu. Selain itu, ia memberi kesan negatif seperti fat pad athropy.
Selain daripada kaedah-kaedah yang diberikan, anda juga boleh mengamalkan ISILA PENAWAR SENDI yang mampu merawat masalah sakit tumit kaki dengan cepat. Hanya dengan pengambilan ISILA dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. InshaAllah dengan izin Allah, anda boleh kembali sihat seperti sedia kala. ❤






